Resipi Sendiri..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Sos Plum
Resipi Sendiri..
BAHAN-BAHAN
- 5 ketul ayam
- 2 biji bawang besar – di belah 4 setiap 1 biji
- 2 ulas bawang putih – di ketuk
- 1 sudu kecil cili boh
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar sos plum
- 1 biji tomato – dibelah 4
- serbuk kunyit dan garam halus secukupnya – untuk mengoreng ayam
- gula dan garam secukupnya
- 1/2 cawan air – kalu nak kuah banyak boleh tambah air
- daun sup dan daun bawang – untuk hiasan
- 1 biji cili merah – dipotong
CARA PENYEDIAAN
- Gaul rata ayam dengan garam dan kunyit dan Goreng ayam tersebut
- Bila ayam dah siap digoreng, bolehlah tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan cili boh. Bila cili dah garing, bolehlah dimasukkan air, sos cili, sos tomato dan sos plum
- Bila dah mendidih, masukkan bawang dan cili merah. renehkan kuah sehingga sedikit pekat.
- kemudian, bolehlah dimasukkan garam dan gula.
- Akhirnya, masukkan ayam dan buah tomato. Gaul sehingga sekata selama 3 minit.
- Angkat dan taburkan daun sup dan daun bawang sebelum dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.