Simple dan sedap. Hubby suka sgt. 30 minit sahaja masak guna non stick pan. Selamat mencuba.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Salai Simple
Simple dan sedap. Hubby suka sgt. 30 minit sahaja masak guna non stick pan. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN
- 10 keping isi ayam yg dipotong nipis
- 5 sudu besar madu
- 5 sudu besar kicap pekat manis
- 5 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk halia
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Basuh ayam dan kelar depan belakang supaya cepat masak.
- Gaul semua bahan bersama kepingan ayam tadi dan biar seketika selama 10 minit.
- Panaskan minyak dalam non stick pan. Apabila minyak telah panas, masukkan kepingan ayam tadi.
- Alih-alihkan ayam sehingga masak. Gunakan api sederhana sahaja.
- Sedia dimakan bersama sos BBQ dan kentang goreng. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.