Bagaimana cara nak masak Ayam Rica-Rica Pedas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Rica-Rica Pedas

Bagaimana cara nak masak Ayam Rica-Rica Pedas?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 6 keping paha ayam 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan minyak masak 
  • 3 batang serai (diketuk) 
  • 3 helai daun limau purut  
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar) 
  • Bahan B (Dikisar)
  • 1 batang serai 
  • 5 biji cili merah        
  • 15 biji cili api             
  • 1 labu bawang besar      
  • 5 biji bawang merah      
  • 3 ulas bawang putih 
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan paha ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
    2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 
    3. Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan. Tumis serai, daun limau purut, dan semua bahan B sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan ayam, air, gula, dan garam. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak. 
    5. Masukkan bawang besar dan kacau rata. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN