Something new to try…;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Rendang Goreng

Something new to try…;)

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 ketul ayam ~ dipotong saiz sederhana (love guna bahagian ribs shj)
  • 5 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dikisar
  • 1/2 inci lengkuas ~ dikisar
  • 2-3 sb cili kering kisar/ cili boh
  • 1 pek Pes Rendang Maggi 60gm (boleh guna jenama lain klu ada)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ~ dipukul
  • 4 sb tepung goreng serbaguna Kentucky (boleh guna jenama lain)
  • 1 sb tepung beras
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit ~ dipotong besar2
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan toskan airnya. Pastikan ayam betul2 kering.
  • Dlm mangkuk yang besar, masukkan ayam dan diikuti dgn semua bahan di atas (ikut turutan) kecuali minyak sambil menggaul. Biarkan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bes!
  • Panaskan minyak dalam kuali. Keluarkan daun limau purut dan daun kunyit dari perapan. Apabila minyak dah panas, masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.
  • Dah goreng, angkat..toskan minyak dan sedia dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN