Resipi ibu mertuaku

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Rendang Cili Api Dgn Kacang Panjang

Resipi ibu mertuaku

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
  • 2 paket santan (1 paket = 1 biji kelapa)
  • 1 cekak kacang panjang
  • 30 – 40 biji cili api (ikut rasa pedas masing2)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Blender cili api, kunyit hidup dan lengkuas.
  • Kacang panjang dipotong serong dan tebal supaya tidak mudah hancur.
  • Masukkan ke dalam periuk ayam, bahan yang telah diblender, serai, asam keping, santan pekat dan garam.
  • Masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan agak kering dan nampak berminyak.
  • Akhir sekali masukkan kacang panjang.
  • Gaul rendang sekejab dengan kacang. Jangan lama kerana kacang panjang mudah lecur.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN