Resipi tradisi org2 Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Percik Kelantan Original

Resipi tradisi org2 Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam potong 4 bahagian, nak potong kecik pun boleh tapi kurang “juicy” sikit ayam percik anda
  • Santan dari 1biji kelapa..sederhana pekat
  • 12 ulas bawang merah*
  • 6 tangkai cili kering* ( bleh tambah jika suka, tp warna ayam percik versi ni agak cerah..tidak terlalu merah)
  • 1 inci halia*
  • 1 inci halia lagi,3 ulas bawang putih serta garam ( ditumbuk dan dilumur pada ayam)
  • garam & gula untuk kuah…secukup rasa, biasa org Kelantan maniskan sikit kuah..
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit bancuhan tepung jagung..(optional..kalau kuah anda xpekat2 jugak)
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam yang telah dibersihkan di lumur dgn bhn tumbuk tadi..perap & kukus sekejap..
  • Bahan-bahan bertanda * di blender halus…
  • Masukkan santan ke dalam kuali, masukkan semua bhn blender..kacau perlahan-lahan sampai pekat..lepas tu masukkan jus asam jawa, garam & gula secukup rasa..
  • Sementara tunggu kuah pekat, bakar ayam yg dikukus tadi..bila agak garing, siramkan dgn kuah percik tadi dan bakar lagi..ulangi proses sampai dapat hasil mcm dalam gambar (kuah melekat dan kering pd ayam)..
  • Bolehlah di hidang, sesuai untuk kenduri juga..:-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN