Ayam Masam Manis

Bagaimana cara nak masak Ayam Masam Manis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masam Manis

Bagaimana cara nak masak Ayam Masam Manis?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g isi ayam (Dipotong kecil)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
    (Semua bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • ½ cawan air
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh gula
  • 2 biji tomato (Dipotong baji)
  • 3 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • ½ cawan kacang pis (Sekiranya suka)
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan
    biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).
  2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak bagi menumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, dan gula. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tomato, cili merah, cili hijau, dan kacang pis. Biarkan
    sebentar. Angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago