Mudah dan sesuai untuk semua peringkat usia…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Sweet Sour

Mudah dan sesuai untuk semua peringkat usia…

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping dada ayam – potong sederhana kecil *
  • 1 inci halia – ditumbuk halus *
  • 1 sk garam *
  • 2 sb tepung jagung *
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 2 bj cili padi – diketuk
  • 1 labu bawang besar – potong memanjang
  • 100 gm timun – potong memanjang
  • 100 gm brokoli – celur sekejap.
  • 100 gm lada benggala merah – potong memanjang
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb sos cili thai
  • 2 sb sos tiram
  • 3 sb air
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan bertanda * digaul dengan ayam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan minyak dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan cili padi.
  • Masukkan bawang besar, goreng sekejap.
  • Masukkan sos cili, sos cili thai dan sos tiram. Gaul sebati dan masukkan air.
  • Masukkan timun dan lada benggala, biarkan sekejap. Kacau..
  • Masukkan ayam dan brokoli, kacau sebentar sehingga semuanya sebati. Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN