siap dalam 30 minit…..untuk orang yg nak makan cepat tapi nak yg sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam masak merah simply sedap & mudah

siap dalam 30 minit…..untuk orang yg nak makan cepat tapi nak yg sedap

BAHAN-BAHAN

  • 4-8 ketul ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili kering yang di rendam / rebus dlm air panas
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai yang dititik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (lbh krg 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Sebaiknya tidak terlalu garing.
  • Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan beberapa hirisan serai yang dititik(untuk bau & rasa).
  • Bahan yg di blend di tumis dalam sedikit minyak hingga agak garing sambil dikacau….masukkan gula dan sos tiram.
  • Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  • Tambah garam / air jika perlu…dan mengikut kepekatan yang anda suka. Selamat menjamu selera.
  • NOTA: Kalau nak lebih pedas garnishlah dengan hirisan cili merah/cili api dan taburan bawang goreng serta hirisan daun bawang / daun sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN