Lauk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam masak merah mudah

Lauk

BAHAN-BAHAN

  • 15-20 tangkai cili kering*(kalau tak tahan kurangkan)
  • 10 biji bawang kecil*
  • 3-5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • sedikit minyak masak*
  • sedikit air*
  • 3 biji bawang besar( dimayang kasar)
  • 1 ekor ayam potong biasa
  • 1-2 asam keping/ 1 sudu asam jawa dan bancuh dengan air
  • garam dan gula
  • 1 biji lobak merah -potong ikut suka
  • * blend/kisar semua sekali
  • 2 cawan air atau lebih
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ayam hingga masak bersama kunyit, garam dan sedikit tepung gandum(separuh masak pun boleh, tapi lebihkan mereneh masa campur dengan sambal nanti)
  • Tumis bawang besar sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga masak.
  • Kemudian bancuh asam jawa dengan 2 cawan air tadi dan masukkan ke dalam kuali tadi(yg ditumis tadi).Atau masukkan air bersama asam keping.
  • Kemudian, masukkan ayam yg sudah digoreng dan lobak merah.Pastikan ia tenggelam.
  • Masukkan garam dan gula, kacau. Masak sehingga pekat.
  • Sedia untuk dihidang.Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN