Member nak makan..so sy pun masakkan lh..dpt respon yg baik..sdp..habis satu tupperware..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah Kimball

Member nak makan..so sy pun masakkan lh..dpt respon yg baik..sdp..habis satu tupperware..

BAHAN-BAHAN

  • Seekor Daging Ayam (Saiz Sederhana Besar) – Dipotong 16 Bahagian
  • 2 Labu Bawang Besar (Dihiris)
  • 5 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
  • 3 Batang Serai (Dititik)
  • 5 Sudu Makan Cili Kisar
  • 3 1/2 Sudu Makan Sos Cili (Ape2 Jenis Pun Boleh)
  • 3 Sudu Makan Gula Pasir (Kalau Yg Suka Manis boleh Letak Lebih)
  • 2 Biji Tomato (Dipotong Wedges)
  • Garam Dan Perasa Secukupnya
  • Garam Dan Perasa Secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Daging ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, daging ayam tersebut digoreng separuh masak. Setelah separuh masak, angkat dan toskan daging ayam tersebut.
  • Tumiskan bahan seperti bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  • Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili tersebut masak.
  • Kemudian, masukkan sos cili dan gula pasir, dikacau rata.
  • Setelah itu, masukkan garam dan bahan perasa secukunya. gaul rata. selepas semua bahan tumisan sebati, masukkan daging ayam yg telah digoreng separuh masak tadi.
  • Pastikan semua bahan tumisan kena pada daging ayam tersebut. Tutup seketika dan biarkan daging ayam tersebut masak sepenuhnya selama 3 minit.
  • Setelah masakan, api dipadamkan dan masukkan tomato serta digaul rata. Masukkan daging ayam tersebut ke dalam manggkuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN