resipi harian keluarga….enak dimakan dengan apa saja jenis nasi dan roti..:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Ayam Masak Merah Beriani™

resipi harian keluarga….enak dimakan dengan apa saja jenis nasi dan roti..:)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 3-4 batang serai*
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 3 biji tomato – potong dadu
  • 2 batang serai – titik
  • 1/2 jari lengkuas – titik
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
  • 2 sb tomato puri/tomato sos
  • 3 sb rempah beriani
  • garam,gula/gula melaka secukup rasa
  • 2 tangkai daun ketumbar – hiris
  • sedikit bawang goreng
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda*
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar.
  • Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak.
  • Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN