Inilah resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi versi bonda D.. Boleh cuba, bila mak mentua lalu belakang pun tak perasan tau…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Inilah resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi versi bonda D.. Boleh cuba, bila mak mentua lalu belakang pun tak perasan tau…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat empat
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar:
  • 10 batang cili padi merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap ke dalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
  • Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN