Masakan mudah tp sedap, yg diajar mak saya tp saya ejas2 sikit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AYAM MASAK KICAP MY STYLE

Masakan mudah tp sedap, yg diajar mak saya tp saya ejas2 sikit.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu jintan manis
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Kicap manis secukupnya
  • 1-2 sudu cuka
  • 2-3 biji cili merah dibelah tak putus
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dibersihkan, lumur garam kunyit dan goreng garing. Kemudian goreng pula kentang yg dipotong dadu. (cara potong kentang tu, belah empat mcm wedges tu kemudian potong dua)
  • Tumbuk halus lada hitam dan jintan manis. Setelah hancur, masukkan halia dan bawang putih kemudian tumbuk sampai halus.
  • Panaskan minyak anggaran 1/3 cawan (gunakan minyak goreng ayam td) kemudian tumiskan bahan tumbuk beserta bawang besar yg dipotong bulat2 dan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan cili merah.
  • Setelah bawang layu masukkan kicap dan cuka.
  • Kemudian masukkan sedikit air, dlm setengah cawan.
  • Akhir sekali masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng td. Kacau rata dan biar hingga kuahnya kering sikit kemudian bolehlah diangkat.
  • Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN