Masakan Cina sesuai makan dengan nasi dan ikan masin jeruk
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Masak Kicap Halia
Masakan Cina sesuai makan dengan nasi dan ikan masin jeruk
BAHAN-BAHAN
- 1/4 ekor ayam
- 3 inci halia, 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 3 susu besar kicap makan (masin), 3 sudu kicap makan (manis), sos tiram
- 6-10 biji cendawan shitake dan 6 tangkai cili kering
- 1 cawan @ 250ml air
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
- 1 sudu kecil stok ayam
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 4 tangkai daun bawang
CARA PENYEDIAAN
- Ayam dipotong kecil-kecil goreng bersama kunyit separuh masak sahaja.
- Panaskan kuali, masukkan air, bawang putih dan halia sehingga mendidih. Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan stok ayam. Apabila sudah mesra masuk ayam yang telah digoreng tadi.
- Cendawan shitake dibelah dua (direndam sebelum itu dengan air panas bagi lembut). Cili kering dipotong kecil-kecil. Masukkan cili dan cendawan. Kacau bagi mesra.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam masakan. Potong daun bawang, gaul bersama. Kacau sehingga pekat kuah. Tutup api! Siap untuk dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.