Resipi nenek Love…hihi ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap…

Resipi nenek Love…hihi ;)

BAHAN-BAHAN

  • 800gm isi ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit s.kunyit dan garam)
  • *4 bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2 inci halia (Love suka letak lebih halia)
  • 1 bawang besar – potong bulat
  • 2 tangkai cili hijau – dihiris
  • 2 tangkai cili merah – dihiris
  • 5 tangkai cili padi – diketuk
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 4 sb kicap manis
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 sk kicap pekat
  • sedikit rempah 5spice
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • sedikit air
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk lumat bahan2 bertanda *.
  • Dlm sebuah mangkuk, gaulkan bersama sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat, ketepikan.
  • Gorengkan ayam yang telah diperap bersama s.kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bahan2 yang ditumbuk dan cili padi.
  • Masukkan mixture sos&kicap, sedikit air dan sedikit je garam. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.
  • Dah cukup perasa, padamkan api. Sedia dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN