Hidangan Sajian dari Arab, Ayam Kurma Kacang Badam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Arab

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

4 orang
HIDANGAN

Ayam Kurma Kacang Badam

Hidangan Sajian dari Arab, Ayam Kurma Kacang Badam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN
  • 2 keping dada ayam

  • 6 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 3 sudu makan rempah kurma

  • ½ cawan air

  • ½ cawan susu cair

  • ½ cawan kacang badam (Dikisar)

  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2)

  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4)

  • 2 biji limau kesturi (Diambil jusnya)

  • Garam secukup rasa

  • 5 sudu makan minyak masak

CARA PENYEDIAAN
  • Bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama.

  • Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan tuskan.

  • Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dikisar. Kacau rata.

  • Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.

  • Masukkan ayam, susu cair, air, garam, dan kacang badam. Masakkan sehingga mendidih.

  • Masukkan cili hijau, bawang besar, dan jus limau. Kacau rata dan masakkan sehingga pecah minyak dan pekat.

  • Perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN