arwah mak & jiran2 sekampung bila buat kenduri nasi ambeng, camnilah msk ayamnya.. lauk2 utk diletak atas nasi ambeng bersifat kering supaya mudah dibungkus dgn daun pisang & ia juga tahan sehingga esok..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ayam kicap/semur mak kakbesah

arwah mak & jiran2 sekampung bila buat kenduri nasi ambeng, camnilah msk ayamnya.. lauk2 utk diletak atas nasi ambeng bersifat kering supaya mudah dibungkus dgn daun pisang & ia juga tahan sehingga esok..

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dipotong2.(utk nasi ambeng belah 2 je) – digaram kunyitkan.
  • 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih & 2 cm halia – ditumbuk
  • 5 biji buah pelaga & 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis* (pilih la yg agak nipis & 4 kuntum bunga lawang*
  • 1 sudu makan mumbung – lada hitam @ putih *
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 btg serai – dititik ( x wajib)
  • kicap lemak manis kipas udang label merah secukup nya..
CARA PENYEDIAAN
  • panaskn minyak terendam & goreng ayam hingga masak. jika ayam dibelah 2 kena tutup semasa menggoreng supaya dlmnya masak. selesai semuanya..ketepikan.
  • goreng kayu manis & bunga lawang & biji lada hitam dgn sedikit minyak hingga ranggup..dlm 5 minit, api agk kecil.. jgn smpai hangus. pastu tumbuk @ blend kering hingga agk halus. masukkn sekali bawang goreng & kisar sebentar. ketepikan.
  • kurangkan minyak goreng ayam td hingga tinggal 2 senduk. pastu tumis bawang2 & halia yg ditumbuk td hingga agak garing, masukkan bunga cengkih, pelaga & serai, seterusnya msukkn rempahan kisar, kacau hingga wangi.
  • tuangkan kicap smbil dikacau rata terus masukkn ayam goreng, suaikn rasanya sambil dikacau rata hingga kicap mnjadi karamel, lekat pd ayam & terasing dr minyak.
  • siap.. lauk ni tahan 2 hari .. tp, slalunya.. x smpai 2 hr dh selesai.. minyaknyer jer yg tinggal..hehe..
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN