Resepi mak saya yang dah saya ubah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Kalio

Resepi mak saya yang dah saya ubah.

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ayam
  • Jalia 1cm (lebih kurang) dikisar
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 cm kunyit dikisar (ni nak bagi seimbang supaya kurang risiko kena sakit jantung sebab makan santan banyak)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 keping daun limau purut (nak lebih boleh tapi jangan banyak sangat nanti maung)
  • 2 keping asam gelugor (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
  • Cili kisar (cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
  • 1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh saya suka buat kuah pekat)
  • Cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar.
  • Masukkan ayam.
  • Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak.
  • Masukkan daun limau purut.
  • Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak.
  • *Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama.
  • Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni, saya akan pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN