Resepi ni sesuai sgt bagi wanita yg bekerjaya macam sy.. ringkas & sedap.. kena plak dgn nasi panas.. nyummy2..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam

Resepi ni sesuai sgt bagi wanita yg bekerjaya macam sy.. ringkas & sedap.. kena plak dgn nasi panas.. nyummy2..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam sederhana besar
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 pelepah daun kari
  • sedikit minyak utk menggoreng
  • 2 biji ubi kentang (dipotong wedges)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
  • 1 biji cili benggala hijau (dihiris panjang)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat tebal2)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • sedikit garam & serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan ayam, garam, serbuk kunyit, serbuk lada sulah & tepung gandum sekata. Panaskan minyak kemudian goreng ayam tersebut separuh masak. Angkat, toskan & ketepikan.
  • Kemudian gorengkan ubi kentang yg telah dipotong wedges tadi ke dalam kuali bekas goreng ayam tadi. Angkat, tos & ketepikan.
  • Dengan menggunakan kuali yg sama tadi, kurangkan minyak sehingga tinggal lebih kurang 1/2 senduk minyak. Panaskan kuali, kemudian tumis bawang putih, halia & daun kari. Goreng sehingga kekuningan.
  • Setelah bawang garing, masukkan lobak merah, cili benggala & lada hitam. Goreng sehingga setengah masak (agak2 je la yer). Masukkan garam & serbuk perasa. Kemudian, besarkan api & masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  • Kaub balikkan sehingga sekata, masukkan ubi kentang & bawang besar. Gaul lagi sehingga bawang besar layu sedikit.
  • Setelah masak. Angkat & hidangkan bersama nasi panas. Aroma lada hitam tadi membangkitkan selera.
    Selamat Mencube =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN