Mudah disediakan..enak dimakan..Juga tak pedas,sesuai untuk kanak2
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Goreng Berempah Cara Mudah
Mudah disediakan..enak dimakan..Juga tak pedas,sesuai untuk kanak2
BAHAN-BAHAN
- 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
- 1 cm halia*
- 4 ulas bawang merah-potong dadu*
- 4 ulas bawang putih-potong 2*
- 3 batang serai-potong bulat*
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
- 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
- Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
- Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
- Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
- Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!
- NOTE:Sayap ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan isi ayam yg kering.. SELAMAT MENCUBA ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.