resepi dari majalah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Gajus Taucu Bercili

resepi dari majalah

BAHAN-BAHAN

  • 600g isi ayam dipotong kecil-kecil.( gaul dengan sedikit garam dan kunyit) perapkan sebentar.
  • 5 biji cili kering buangkan biji cuci toskan dan goreng sebentar.
  • 10 biji lada kering (dikisar) berasingan dengan bawang dan lain2.
  • *5 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2 cm halia. (semua bahan bertanda* dikisar bersama)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan madu / gula merah / gula
  • lada sulah secukupnya
  • 1 tangkai daun bawang dan daun sup untuk hiasan.
  • 3 sudu besar gajus di goreng ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam perap tadi hingga separuh garing.Ketepikan
  • Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga bau wangi.
  • Masukkan pula lada kisar dan tumis hingga garing dan berbau wangi.
  • Masukkan sos tiram, taucu dan kicap cair gaul sebati.
  • Masukkan ayam,gula secukup rasa.Garam hanya di tambah jika kurang masin.( biasanya taucu dah masin. Suaikan rasanya.
  • Masukkan lada goreng dan gajus goreng gaul rata. Hidangkan panas dan hiaskan dengan daun bawang @ daun sup..sedia dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN