resepi olahan sendiri, utk variasi ayam bakar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam bakar oren

resepi olahan sendiri, utk variasi ayam bakar.

BAHAN-BAHAN

  • Sekeping dada ayam (200-250g)
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji buah oren
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 sudu besar butter
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan dada ayam. Lumur dengan garam, lada hitam dan lada sulah. Ketepikan.
  • Perah buah oren; asingkan jus perahan dan isi oren (orange pulp). Simpan jus utk buat sos. Jgn lupa buang biji oren, nnt pahit.
  • Lumurkan ayam tadi dgn isi oren, bawang putih, 1/2 kiub stok ayam dan butter. Perap sejam.
  • Panaskan oven 200 degree C. Bakar ayam 30 minit atau hingga masak (ikut oven).
  • Utk sos oren: satukan jus perahan oren, baki 1/2 kiub stok ayam dan 1/2 cawan air dalam sauce pan @ periuk. Masak atas api perlahan sehingga mendidih. Adjust rasa ikut selera. Tutup api.
  • Tuangkan sos atas ayam semasa hidang. Guten appetit! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN