Dah duk merantau mcm ni…cuba2 ler pelbagaikan masakan kita ni

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asparagus goreng belacan

Dah duk merantau mcm ni…cuba2 ler pelbagaikan masakan kita ni

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm asparagus – dipotong serong
  • 2-3 biji bawang putih – diketuk
  • 1 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil nampla/sos ikan
  • 3-4 ekor sotong – dipotong kecil
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • belacan – ikut suka
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.
  • Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.
  • Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN