Ni resepi mak saya. Sedap dimakan waktu tengahari kalau ada sambal belacan and ikan goreng.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Rebus Tempoyak + Petai

Ni resepi mak saya. Sedap dimakan waktu tengahari kalau ada sambal belacan and ikan goreng.

BAHAN-BAHAN

  • 2 Biji Lada merah ( nak dapatkan kaler dia )
  • 5 – 6 biji cili padi ( nak dapatkan pedas dia. Tak kisah apa2 kaler )
  • Kunyit Hidup sebesar Ibu Jari ( check lah ibu jari korang yer…. heheh )
  • Sedikit belacan.
  • Tempoyak 3-4 sudu besar.
  • 3 ekor Ikan ( ikut suka. Selalunya orang buat ikan patin. Ikan kembung pun boleh )
  • 1 – 2 Biji terung ( dibelah empat ) Buang kulit dulu tapi jangan semua. kupas jarang2.
  • 6-7 Bendi.
  • Sebatang serai
  • Satu keping Asam keping ( kalau tak cukup masam, tambah lagi )
  • Daun Kesum ( ikut suka . tapi kalau banyak lagi sedap )
  • Serbuk garam dan ajinomoto ( kalau suka )
  • Petai dalam 2 papan.
CARA PENYEDIAAN
  • Lada merah, cili padi, kunyit hidup, belacan dan tempoyak di kisar.
  • Masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk dan ditambah air. ( Jangan cair sangat )
  • Kemudian, masukkan ikan, serai dan asam keping.
  • Bila hampir mendidih, masukkan petai, terung, bendi dan daun kesum. Kalau boleh, janganlah layu sangat sayur tu. sebab bila makan nanti, terung and bendi masih ranggup.
  • Last sekali, masukkan serbuk perasa! Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN