Mudah disediakan. Asyik siakap masak masam manis je, sesekali masak asam pedas sedap tau!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ikan Siakap

Mudah disediakan. Asyik siakap masak masam manis je, sesekali masak asam pedas sedap tau!

BAHAN-BAHAN

  • Ikan siakap sederhana besar – dipotong 5 bahagian
  • Bahan-bahan untuk dikisar halus: 10 tangkai cili kering, 5 batang cili merah, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih serta 2 inci belacan
  • Bahan untuk dihiris halus: 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air asam jawa dan 4 cawan air (untuk kuah)
  • 2 batang serai diketuk, 3 helai daun limau purut (buang tulang tengahnya)
  • 15 batang bendi saiz kecil @ terung yang dipotong mengikut saiz pilihan anda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris halus hingga layu serta naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus untuk ditumis bersama bahan hirisan tadi, kacau & masukkan serai. Kacau & biar sehingga terbit minyak/sehingga bahan tumis hampir kering.
  • Masukkan ikan & air asam jawa & biar mendidih.
  • Masukkan air, daun limau purut & bendi/terung.
  • Letak garam dan gula mengikut rasa yang dikehendaki. Kacau perlahan, biar mendidih/masak pada api sederhana, sehingga ikan & bendi/terung masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN