Masakan baba dan nyonya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ikan Dan Nanas

Masakan baba dan nyonya.

BAHAN-BAHAN

  • 3 – 4 ekor ikan kembong, kalau dapat yang segar, dibersihkan
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia *
  • 1 keping hirisan lengkuas*
  • 3 biji buah keras*
  • Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dengan kiub ikan bilis pada mereka yang alergi pada belacan)*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul-betul lumat)
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 biji nanas sederhana besar, seeloknya yang masak dan manis
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dengan 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah-rempah tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing-masing). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
  • Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dengan sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulam sampingan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN