resepi ni dari jiran saya…dia ni org melaka..memang suka sgt makan dgn gulai ni sekarang…kalau nak beli daging pun sekarang ni beli daging tetel je…heheheh

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam pedas daging tetel

resepi ni dari jiran saya…dia ni org melaka..memang suka sgt makan dgn gulai ni sekarang…kalau nak beli daging pun sekarang ni beli daging tetel je…heheheh

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo daging tetel – direbus dlm 2 jam utk empukkan daging
  • 1 bawang besar *
  • 5- 6 bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*
  • 1sudu besar ketumbar biji*
  • 1 sudu besar jintan kasar*
  • 1 sudu besar jintan halus*
  • 1inci lengkuas *
  • 2 buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
  • 1 sudu besar belacan **
  • 20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat…isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
  • 8 batang serai – diketuk bagi hancur
  • 2 sudu besar asam jawa – dicampur dgn air
  • minyak tuk menumis, garam dan gula
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato – dibelah 6
  • 2 biji terung panjang/ bulat – dipotong jgn dibuang kulitnya
  • 1 sudu besar kerisik
CARA PENYEDIAAN
  • tumis minyak sedikit….agak2 jgn byk sgt…nanti berminyak kuah dia…tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi…bila dah agak kering airnya tumisan tadi…baru masukkan bahan blend **….masak sampai pecah minyak….macam masak asam pedas biasa…..
  • bila dah pecah minyak…masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging….sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye….masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa…..tambah air kalau terasa kurang air…..masak lagi hingga daging betul2 dah lembut…kalau kurang air boleh tambah air lagi…
  • bila dah empuk daging…masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ….kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2…garam serta gula…..rasa kuahnya…kalau o.k boleh tutup api…….siap utk dihidangkan.
  • ( nota: saya suka makan gulai ni dgn ikan masin goreng atau telor masin…memang ngam sgt rasanya….kalau nak makan dgn gulai pisang masak lemak pun sedap….)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN