Satu lagi resipi dari dapur Cina peranakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Kari

Satu lagi resipi dari dapur Cina peranakan.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g ikan pari (atau ikan merah)
  • 10 batang bendi
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
  • Segenggam daun kesum
  • Sejemput asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan rempah:
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 keping hirisan lengkuas*
  • 1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar rempah kari ikan
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan pari dipotong-potong dan perap dengan sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  • Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  • Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN