dah lama nak makan, ari sabtu tu buat. biasa yang jual takde inti kacang…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Gumpal Terengganu Style

dah lama nak makan, ari sabtu tu buat. biasa yang jual takde inti kacang…..

BAHAN-BAHAN

  • ***untuk buat sagu & inti ***
  • 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
  • 100 gm kacang hijau
  • garam, gula secukup rasa
  • ***untuk buat kuah***
  • 2 cawan santan
  • satu inci halia (dimayang halus)
  • sesudu halba
  • garam, gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • —buat inti kacang dulu—-
  • kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik – kecik.
  • sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.
  • gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.
  • susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.
  • —untuk buat kuah—
  • campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.
  • boleh dimakan panas – panas, atau kalau nak makan sejuk pun best gak…saya suka makan panas – panas, sambil hirup kuahnya…mmmmm

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN