Resepi asal dari Simplyrecipes.com Boleh di olah mengikut selera anda
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
As-You-Like-It Breakfast Casserole
Resepi asal dari Simplyrecipes.com Boleh di olah mengikut selera anda
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telor
- 1 cawan grated cheddar cheese
- 1 cawan susu segar
- 4 keping roti, potong kiub
- 1/2 cawan sayur campur (carrot, peas dan jagung)
- 1/4 cawan button mushroom (cendawan butang dalam tin) yang dihiris nipis
- 1/2 cawan ayam, di hiris nipis
- 1/2 cawan sosej dipotong kiub/potong bulat
- 1/4 cawan green & red capsicum (lada benggala)
- 1/2 biji bawang merah besar di dadu
- 1/4 cawan celery – potong kiub
- 1/2 sk italian herbs atau dried herbs spt basil, rosemary, or thyme, gunakan 1 sk jika ada yang segar, boleh di tukar dengan 1 sb serbuk kari jika mahu
- garam, pepper mengikut rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven 180’C (sesuaikan ikut jenis oven).
- panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang, + sayur campur, cendawan, capsicum dan celery kacau lagi, + ayam – masak sehingga ayam bertukar putih, + sosej, perasakan dengan herbs, garam dan pepper. Tidak perlu masak terlalu lama kerana bahan akan di bakar nanti.
- Sementara menunggu bahan no 2 siap, pukul telor menggunakan whisk, tambah susu dan cheese, pukul lagi.
- Tuang bahan no 2 dan roti kiub tadi kedalam adunan telor. Gaulkan rata dan boleh lah di tuang kedalam casserole dish yang telah di gris.
- Boleh di tabur cheese di atasnya dan di hias ngan potongan sosej jika suka. Bakar 50 minit – 1jam atau sehingga bahagian atas bertukar sedikit keperangan.
- Sedap di makan begitu saja, atau tambah sos jika suka semasa masih panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.