Untuk minum petang. Simple dan bahan2 mudah disediakan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Yogurt Bercoklat
Untuk minum petang. Simple dan bahan2 mudah disediakan.
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cawan gula (cawan matrix)
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh ovelette
- 1/2 sudu teh double acting baking powder
- 1 cawan plain yogurt (perisa asli) -pekat
- 1 sudu teh koko powder
- 1 sudu teh chocolate emulco
CARA PENYEDIAAN
- Pukul gula & telur sampai kembang betul2 (kelajuan tinggi , max 10min)
- sesudah berpuas hati dengan kegebuan adunan tersebut (macam adunan bahulu..pekat & gebu), masukkan ovellet & yogurt. Pukul Lagi sehingga sebati
- Double Acting Baking Powder dicampur dengan tepung gandum, gaulkan dan masuk sikit demi sedikit kedalam adunan sambil putar lagi.
- Asingkan 5-10 sudu adunan utk dicoklatkan. Yang lebih tu biar plain je.
- Masukkan adunan plain dalam papercup sebnyak 3/4 sahaja, atasnya diletakkan adunan bercoklat tersebut. Boleh juga letak inti kalau nak , ikut citarasa memasing.
- Kukus selama 15 minit. Make sure periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu . Kalau suka merekah, pasang api kuat2, kalau tak suka, pasang api sederhana je. Kalau merekah lagi cantik, nampak 2 kaler…
Selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.