perisa dari air berkarbonat strawberi (boleh jugak kalau nak guna perisa2 yg lain ;) ) & ada filling

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

apam strawberi

perisa dari air berkarbonat strawberi (boleh jugak kalau nak guna perisa2 yg lain ;) ) & ada filling

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan air berkarbonat perisa strawberi (saya guna F&N strawberry)
  • jem strawberi (untuk filling)
  • sedikit pewarna merah
CARA PENYEDIAAN
  • pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang
  • masukkan air berkarbonat dan pukul lagi
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi
  • masukkan sedikit pewarna merah. Kacau rata
  • masukkan adunan hingga separuh papercup, letakkan jem di tengah2nya (nak senang pakai plastik yg ditebuk) dan masukkan lagi adunan hingga penuh papercup
  • kukus dengan api yang kuat selama 10-15 minit. *balut penutup pengukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh atas apam & letak papercup dalam acuan lompang/acuan alum supaya papercup terletak elok ;) )

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN