Apam Polkadot Pelbagai Design

Resepi saya belajar dan olah semula

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Polkadot Pelbagai Design

Resepi saya belajar dan olah semula

BAHAN-BAHAN

  • Telur : 3biji
    Gula caster : 1 1/2 cwn
    Ovelete: 1 sudu kecil
    Esen vanila: 1 sudu kecil
    Tepung pau/Tepung kek: 2 1/4 cawan
    Baking powder: 3 sudu kecil
    Susu sejat: 3/4 cwn
    Tambahan: Pewarna & Jem
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Asingkan putih telur & kuning telur
    2. Putih telur pukul sampai kembang (kalau kita gerakkan bekas,putih telur tidak bergerak)
    3. Masukkan gula,esen vanila,kuning telur & ovelete (adun sehingga sebati)
    4. Masukkan baking powder, tepung (pukul smpai nampak berkilat adunan tu & lama utk likat)
    5. Masukkan susu sejat (gaul pakai senduk)

    >>Asingkan adunan dlm mangkuk untuk mewarnakan setiap adunan mengikut warna yg disukai. Warnakan adunan
    >>Masukkan jem ke dalam beg plastik, dan lubangkan muncungnya (gunting sikit sahaja). Lenyekkan sedikit jem agar tidak berketul
    >>Warnakan 1 adunan utk buat dot2. Dan masukkan ke dalam beg plastik,seperti jem tadi

    Cara menyediakan:
    1. Susun acuan cup ke dalam tray(yg biasa dgunakan utk buat biskut raya)
    2. Tuang 1 sudu kecil adunan yg telah diwarnakan
    3. Picit jem (buat lingkaran) ke atas adunan cup td
    4. Tuang baki adunan utk menutupi jem. Jangan bagi melimpah, sekadar penuh dan tidak melebihi cup sahaja.
    5. Buat dot2 ke atas cup yg telah di isi adunan.
    6. Panaskan pengukus yg telah di isi air dengan api yg sederhana sahaja. Tunggu sehingga berwap.
    7. Masukkan tray ke dlm pengukus.
    8. Kukus selama 10minit.
    9. Setelah masak, keluarkan cup dari tray dan susun apam dlm pinggan/bekas dan biar terkena angin.
    10. Apam sedia untuk dimakan

    ** Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago