Sekadar menambah koleksi resepi apam..sedap n mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Mekar Se taman

Sekadar menambah koleksi resepi apam..sedap n mudah.

BAHAN-BAHAN

  • 180g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 camt ovellete
  • 1 camt esen vanila
  • 250g tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan aiskrim soda
  • pewarna atau pes disukai
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur bersama gula dan ovellete hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanila dan pukul lagi hingga rata.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. sambil pukul hingga adunan kembang sebati.
  • Bahagikan beberapa warna digemari.
  • Paipkan 3/4 adunan ke dalam acuan kecil , dan paipkan sedikit warna berbeza di atasnya..macam topping..
  • Kukus apam lebih kurang 7 – 10 minit bergantung saiz acuan.
  • * Pastikan kukusan dipanaskan dahulu dan gunakan api besar agar apam mekar se taman..Selamat mencuba.
  • Boleh dihidangkan bersama keluarga di waktu santai…Kite guna paper cup 2 oz. dan dapat 27 biji.Kalau guna cup cake yg comel tu dapat hampir dua kali ganda..
  • Apam ini tersangat gebu dan lembut…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN