Permintaan rrozie17.. harap dapat memenuhi selera.. kali ni buat tak merekah.. mungkin guna yis yang dah lama simpan.. walaupun tak cantik, kuihnya lembut dan gebu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam ENO

Permintaan rrozie17.. harap dapat memenuhi selera.. kali ni buat tak merekah.. mungkin guna yis yang dah lama simpan.. walaupun tak cantik, kuihnya lembut dan gebu.

BAHAN-BAHAN

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yis
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil ENO untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
  • Pewarna merah, hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung dibancuh dengan air sedikit. Kemudian dimasukkan yis dan gula. Kacau sebati.
  • Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (Bancuh malam, kukus keesokan pagi).
  • Bancuhan tepung itu dibahagi 3. Satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  • Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
  • Sementara itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak.
  • Bolehla dihidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampur dengan sedikit garam. (Seeloknye kelapa parut itu dikukus sebentar supaya tak cepat basi).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN