Variasi apam.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Comel Inti kelapa

Variasi apam.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur – dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tepung kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Inti Kelapa:
  • Kelapa parut
  • Gula merah
  • 1 sudu teh tepung jagung – dibancuh dengan 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan – pintal
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  • Pukul dengan menggunakan pengadun pada kelajuan maksima selama 6-8 minit.
  • Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam beg plastik yang bersih.
  • Paipkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.
  • Masukkan inti kelapa.
  • Paipkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  • Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  • Utk Inti Kelapa:
  • Inti Kelapa: Campurkan semua bahan dan masak di atas api kecil sehingga kering/masak.
  • Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat-bulatkan.
  • Inti kelapa boleh diganti dengan apa-apa perisa atau jem.
  • Ini acuan yang biasa saya guna. Acuan lompang & aluminium…kalau boleh, saiz cawan kertas disesuaikan dengan acuan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN