Diubahsuai resipi asal dari ukfoodtv. Sesuai untuk penggemar tat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Almond And Pear Tart

Diubahsuai resipi asal dari ukfoodtv. Sesuai untuk penggemar tat.

BAHAN-BAHAN

  • Inti: 200g mentega
  • 160g gula (resepi asal 200gm)
  • 4 biji telur (2 biji dibuang putihnya)
  • 60g tepung gandum
  • 200g badam kisar
  • 2-3 buah pir (‘pear’) – belah dua, hiris nipis dan jadikan macam kipas
  • Jem aprikot (panaskan sebelum sapu di atas tat yang dah siap masak)
  • Untuk pastri:
  • 375g tepung, 60-100g gula kastor (selera tersendiri), 200g mentega dilembutkan, 1 biji telur dan air
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk inti:
  • Pukul mentega sampai putih, masukkan gula.
  • Masukkan telur, pukul lagi.
  • Masukkan tepung, badam, kacau hingga sebati.
  • Potong buah pir seperti gambar:
  • Isikan inti ke dalam bekas tat dan disusun dengan buah pir.
  • Bakar selama 40 minit @160 darjah (kalau saiz besar). Hati-hati, sebab bahagian atas senang hangus, jadi bila dah nak keperangan tu, bubuh lapisan aluminum kat atas tat.
  • Untuk saiz kecil, 30 minit dah masak.
  • Untuk sukatan ni, boleh dapat satu tat besar seperti yang dalam foto tu, juga 2 biji saiz kecil.
  • Bila masak, panaskan jem, sapukan kat atas permukaan tat, atas buah pir jugak, jadi buah tak akan kering..dan nampak cantik berkilat.
  • Untuk pastri:
  • Masukkan tepung, gula, mentega, telur dan air ke dalam mangkuk dan kacau sebati hingga jadi doh.
  • Canaikan doh dan bubuh dalam bekas tat, simpan dalam peti selama sejam.
  • Saya sediakan pastri tat ni awal sehari dan simpan dalam peti. Pastri boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam pembeku. Kalau nak buat tat apa pun, boleh guna pastri yang sama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN