Resipi asal daripada Murnie (RN).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Aiskrim Jagung
Resipi asal daripada Murnie (RN).
BAHAN-BAHAN
- 2 1/2 cawan krimer Coffee-Mate
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula
- 1/2 tin jagung krim
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan krimer, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
- Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
- Masukkan adunan aiskrim ke dalam bekas dan masukkan ke dalam pembeku dan biarkan ia setengah beku.
- Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan ke dalam mesin pengadun dan pukul aiskrim sehingga ia gebu.
- Masukkan ke dalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
- Nota: Saya menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.