Sesuai diminum panas ataupun sejuk dan kepada yang mempunyai masalah tonsil. Sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Air Kembang Semangkuk Ala Cikong
Sesuai diminum panas ataupun sejuk dan kepada yang mempunyai masalah tonsil. Sedap.
BAHAN-BAHAN
- 6-7 biji kembang semangkuk
- 1 senduk gula batu – ikut suka manisnya
- 12-14 biji buah mata kucing (kering)
- 7-8 ketul buah kabung/kundur
- 1 1/2 – 2 jag air
CARA PENYEDIAAN
- Rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang di dalam periuk yang berisi 1/12 – 2 jag air.
- Buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya.
- Masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yang berisi air kembang semangkuk tadi.
- Masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung/kundur dan kacau.
- Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air dan bolehlah padamkan api.
- Sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.