Hidangan pencuci mulut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-agar pelangi

Hidangan pencuci mulut

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
    (Agar-agar bersantan)
  • 18gm serbuk agar-agar
    250gm gula
    1.2 ltr air
    200ml santan
    100ml susu segar
    sedikit garam
  • Bahan B
    (Agar-agar jernih)
  • 18gm serbuk agar-agar
    250gm gula
    1.5 ltr air
  • Pewarna merah, hijau, kuning, biru
CARA PENYEDIAAN
  • Masak serbuk agar-agar, gula dan air drpd bahan A sehingga mendidih dan pastikan serbuk agar-agar larut. Perlahankan api, masukkan santan dan susu segar. Ketepikan.
  • Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, masak hingga larut. Perlahankan api. Ketepikan
  • Mulakan dgn lapisan pertama, tuangkan 200ml agar-agar jernih ke dalam jug(bergantung pada saiz acuan), masukkan perwarna yang disukai, kacau dan tuang ke dalam acuan.
  • Biarkan sehingga membeku. Lakarkan sedikit di permukaaan dgn menggunakan lidi. Tuangkan 200ml lapisan seterusnnya daripada agar-agar bersantan. Ulangi proses sehingga 14 lapisan.
  • Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk. Setelah agar-agar beku, keluarkan daripada acuan dan di terbalikkan (pastikan lapisan atas berada di bawah). Letakkan patung utk hiasan.
  • Susunan agar-agar (lapisan pertama agar-agar jernih, lapisan kedua lapisan agar-agar santan dan di selang seli sehingga habis 14 lapisan)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN