Sesuai sebagai pencuci mulut dan juga juadah berbuka

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-Agar Koktel

Sesuai sebagai pencuci mulut dan juga juadah berbuka

BAHAN-BAHAN

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air (5 gelas)
  • 100ml (1/2 cawan) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar buah-buahan koktel
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  • Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  • Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  • Tapiskan agar-agar susu (dari dalam periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  • Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dalam langkah 2)
  • Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN