Resipi lama yg tlh diubah suai menggunakan agar2 serbuk dan santan kotak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Agar-agar Gudir/Gudil™

Resipi lama yg tlh diubah suai menggunakan agar2 serbuk dan santan kotak

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket agar2 serbuk
  • 200 g gula melaka
  • 50 g gula pasir
  • 1000 ml air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 kotak kecil santan – (saya guna santan Kara 200 ml)
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Masak gula melaka,gula pasir dan daun pandan dgn 1/2 bahagian air hingga mendidih dan gula larut. Tapis.
  • Santan,telur dan garam di pukul rata dgn garfu.Ketepikan.
  • Di dlm sebuah periuk, masukkan agar2 dan 1/2 bahagian air lagi dan kacau dan masukkan air gula tadi,masak hingga mendidih dan tuangkan campuran santan tadi dan kacau sekali dua aje. Biarkan adunan terus mendidih lagi hingga campuran santan nampak timbul berketul2 dipermukaan. Kacau rata2 dan matikan api.
  • Tuang agar2 ke dlm loyang atau acuan2 kecil dan sejukkan. Simpan di dlm petisejuk sebelum menghidangkannya.
  • Pastikan loyang atau acuan2 dibasahkan dgn air sebelum menuang agar2, tujuannya ialah supaya agar2 mudah dikeluarkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN