Resepi dari Cina peranakan Pulau Pinang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Betik

Resepi dari Cina peranakan Pulau Pinang.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji betik mengkal (tidak terlalu masak)
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 7 – 8 biji cili padi, dihiris halus
  • 1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar
  • 2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi
  • 50 g udang kering, dicuci, goreng tanpa minyak hingga garing, ditumbuk halus
  • 4 camca besar minyak jagung*
  • 2 camca besar sos ikan (nampla)*
  • 2 biji limau nipis, perah jusnya*
  • Sedikit minyak bijan*
  • Sedikit cuka* (*bahan-bahan sos)
  • Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas betik, bersihkan dan potong nipis menggunakan alat pengupas kentang. Ketepikan.
  • Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan untuk sos dan kacau hingga sebati. Rasa masin dan manisnya. Jika kurang bolehlah ditambah dengan gula dan garam.
  • Masukkan betik yang telah dipotong tadi bersama bawang besar hiris, cili padi dan udang kering tumbuk. Gaul hingga rata dan mesra.
  • Bubuh dalam bekas dan taburkan kacang tumbuk dan bijan sejurus sebelum menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN