PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-25 05:14:47

Udang Spicy Sweet Sour ini merupakan antara menu popular di restoran seafood. Gabungan rasa udang dengan sos masam manis ni memang cukup menaikkan selera makan kita! Haa, apa kata hari ini korang cuba buat Udang Spicy Sweet Sour sendiri di rumah untuk santapan tengahari. Resipi yang dikongsikan oleh Qema Fazri ini sebiji macam makan di restoran seafood! Mudah pun mudah, jom cuba!
 


Kredit: Qema Fazri
 

Bahan-bahan:

  • Udang (dikupas hingga tinggal kaki dan ekor)
  • Cili kecil ditumbuk lumat (kuantiti atas tahap kepedasan yang diingini)
  • 2 biji perahan limau nipis
  • Serbuk cili kering kasar
  • Halia muda (dicincang halus)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • Gula perang (gula putih pun boleh)

 

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, celurkan dahulu isi udang yang sudah dikupas tadi.


    Kredit: Qema Fazri
     

  2. Sementara itu, gaul sebati cili kecil, perahan air limau nipis, serbuk cili kering, halia, daun ketumbar dan gula.


    Kredit: Qema Fazri
     

  3. Kemudian, perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa sendiri. Boleh juga letak sos ikan kalau ada.

     

  4. Selepas itu, masukkan isi udang yang sudah dicelur tadi dan gaul sebati.


    Kredit: Qema Fazri

 

Siap! Sedia untuk dimakan bersama seisi keluarga!


Kredit: Qema Fazri
 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN