Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba resipi udang masak sos ini.
Cara membuatnya juga sangat ringkas dan rasanya sedap. Sekejap saja dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.
1. Salutkan udang dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng udang sehingga hampir masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis sos cili menggunakan minyak bekas goreng udang tadi.
3. Tambahkan kicap manis dan kacau. (Kalau nak kuah banyak, hanya tambahkan sos cili dan kicap)
4. Masukkan bawang dan cili. Gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi.
6. Gaul sebentar dan siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Mazlina Haji Ismail
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…