Tiada idea nak masak apa menggunakan udang? Apa kata jom cuba Resipi Udang Masak Merah Stail Thai ini.
Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili kisar. Kalau suka pedas, boleh lebihkan.
Nak cuba? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Ameera di bawah.
Baca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!
1. Bedakkan udang dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan sekejap.
2. Titikkan serai dan masukkan ke dalam minyak bekas goreng udang tadi.
3. Masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu.
4. Masukkan cili kisar ikut tahap kepedasan yang diingini.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, daun limau purut, carrot, tomato dan sedikit air. Masak sekejap saja carrot tu.
6. Hasilnya.
7. Masukkan udang yang digoreng tadi.
8. Akhir sekali taburkan daun ketumbar.
9. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!
Kredit: Ameera
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…