Categories: Resipi

Resipi Udang Khamped, Menu Sesuai Untuk Minggu Gaji!

Minggu dah gaji ini, apa kata anda cuba resipi udang khamped yang sangat menyelerakan ini. Caranya memang mudah serta menjimatkan masa.

Rasa yang ala-ala tomyam ini pasti membuatkan anda bertambah nasi dua tiga kali. Tak percaya? Cuba dahulu menu ini, baru anda tahu.

Jom kita baca resipi oleh Cik Puan Liza

Baca juga: Resipi Sambal Tahun Jawa, Makanan Tradisional Yang Makin Digemari

RESIPI UDANG KHAMPED

Bahan-bahan

  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Bawang Holland 1 biji (dibelah dua, separuh lagi dihiris)
  • Bawang putih 3 biji
  • Cili api 3 biji
  • Cili besar 1 biji
  • Serai 1 batang
  • Cili kering 2 sudu besar
  • Pes tomyam 2 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Udang 10 ekor (saiz XL, digaulkan dengan garam dan kunyit)
  • Daun limau purut
  • Air 1 cawan

Cara Penyediaan

1. Kisar halia, lengkuas, bawang Holland (separuh), bawang putih, cili api, cili besar, dan serai sehingga halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Tambahkan cili kering yang telah dikisar dan pes tomyam. Gaul rata dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan sos ikan, sos tiram, dan sos cili. Gaul rata dan biarkan bahan-bahan sebati.

5. Masukkan udang yang telah digaulkan dengan garam dan kunyit. Gaul sehingga udang masak dan berubah warna.

6. Masukkan daun limau purut untuk menambahkan aroma dan rasa.

7. Tuangkan 1 cawan air ke dalam kuali. Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah sedikit pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!

Aisha Qistina

Recent Posts

Biskut Tembikai, Cara Buat Yang Menarik Dengan Rasa Lebih Rangup

Biskut telah menjadi snek kegemaran ramai sejak dulu lagi dan setiap kali lihat Biskut Tembikai,…

2 hours ago

Cara Tanam Akar Cendawan Enoki, 3-5 Hari Dah Dapat Hasilnya

Khasiat cendawan enoki yang pelbagai menjadikan makanan ini digemari ramai. Ia boleh diolah kepada pelbagai…

4 hours ago

Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!

Buat anda yang suka memasak semestinya memikirkan resepi bahan masakan untuk jimat berbelanja dan salah…

4 hours ago

Cara Bersihkan Lidah Lembu Tanpa Bakar, Hasil Lembut Dan Hilang Bau

Selain daging, ada banyak lagi bahagian lembu yang boleh dimakan dan salah satunya ialah lidah…

5 hours ago

Tip Mi Bandung Sedap, Wajib Letak 1 Bahan Rahsia Ini

Rupanya ini resepi rahsia mi bandung yang sedap dan padu dari biasa. Sekali suap, dijamin…

5 hours ago

Resipi Jus Sedap Guna Isi Rambutan, Minum Sejuk-Sejuk Sangat Menyegarkan!

Buah rambutan sedap dimakan begitu sahaja. Namun, buat mereka yang ada pokok rambutan pasti akan…

7 hours ago