Categories: Resepi

Resipi Tosei Yang Sedap, Lengkap Bersama Idli & Chutney Kelapa

Resipi Tosei ini sangat mudah untuk dicuba. Tosei ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang telah ditapai.

Biasanya tosei ni dimakan dengan aneka jenis kuah seperti kuah dhal, kari ayam atau kari ikan serta cutney kelapa.

Sedapnya kalau dapat makan, lebih-lebih lagi jika buat sendiri di rumah. Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.

RESIPI TOSEI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang ulunthu
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan nasi sejuk

Cara-cara:

1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman.

2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam@ semalaman.

*(Jika nak buat petang, rendam pada waktu malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar).

3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam.

4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. *Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan, simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.

*Jika guna food processor, boleh je kisar semua bahan sekali. Jika guna pengisar, boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.

5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.

6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.

7. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing, boleh lebihkan masa.

8. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa.

RESIPI TOSEI – RESIPI IDLI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang ulunthu
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan nasi sejuk

Bahan yang digunakan sama seperti tosei.

Cara-cara:

1. Lenserkan minyak pada acuan (saya guna acuan lompang je)

2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.

3. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.

RESIPI CHUTNEY KELAPA

Bahan A:

  • ½ biji kelapa parut
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 baji cili hijau (jika ingin pedas, guna cili padi)
  • 1cm halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Minyak

Bahan B:

  • 2 biji bawang merah
  • 5 biji cili kering – beli online di sini
  • 2 tangkai daun kari – beli online di sini
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil biji sawi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa, sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dengan sedikit air.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.

3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.
*Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.

RESIPI DALCA DAGING

Bahan-bahan:

  • 1kg daging dipotong (jika guna daging yang ada lemak, rebus dulu hingga lembut buang lemak yang cair untuk elak dalca berlemak/ jika guna isi pejal, tak perlu rebus)
  • 1 cawan kacang dal | direndam satu jam & direbus hingga lembut
  • 2 biji terung | dipotong 8
  • 5 batang kacang panjang | dipotong satu inci
  • 1 batang lobak merah |dipotong jejari 1 inci
  • 3 biji kentang | dipotong 6 tiap satu
  • 2 biji cili merah | dibelah 2
  • 2 biji cili hijau | dibelah 2
  • 2 biji tomato separuh masak | dipotong 4
  • 3 sudu besar membukit cili kering kisar
  • 4 sudu besar membukit rempah kari daging
  • Maggi cukup rasa
  • 2 asam keping
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 3 pelepah daun kari
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Cengkih
  • Bunga lawang

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Resipi tosei, Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau.

2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga air kering dan naik bau.

3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, masukkan rempah kari. Kacau rata. (Jika daging belum rebus, masukkan daging, garam dan air, rebus hingga empuk).

5. Masukkan maggi cukup rasa, asam keping daging dan air daging (jika daging telah direbus), kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk.

6. Masukkan kacang panjang, terung dan cili.

7. Masukkan santan pekat dan tomato.

8. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan garam.

Kredit: Nur Masri

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago