Nak mencari tiramisu yang halal di kedai memang satu cabaran. Padahal, resipi tiramisu ini sangat senang semudah ABC kata orang.
Bahan yang digunakan dalam resipi ini merupakan bahan premium dan harga setanding rasa. Nak sedap, kenalah laburkan sedikit duit!
Jom cuba resipi perkongsian oleh Cik Puan Nur Aisyah ini.
Baca juga: Makaroni Carbonara Meleleh, Resipi Kelam Kabut Tapi Hasilnya Sedap!
RESIPI TIRAMISU
Bahan-bahan:
- 400g Savoiardi Forno Bonomi
A (Krim Mascarpone):
- 4 biji telur kuning
- 120g gula
- 500g Emborg Mascarpone
B (Putih Telur):
- 4 biji telur putih
- Secubit garam
C (Kopi):
- 300ml kopi suam (biarkan sejuk)
Cara Penyediaan:
1. Pukul telur kuning dan gula hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan mascarpone ke dalam adunan telur kuning dan gaul hingga sebati.
3. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga bertanduk.
4. Masukkan adunan putih telur (B) ke dalam adunan krim mascarpone (A) dan gaul hingga sekata untuk mendapatkan cream mixture.
5. Celupkan Savoiardi Forno Bonomi ke dalam bancuhan kopi yang telah sejuk selama 3 saat.
6. Susun Savoiardi yang telah dicelup dalam bekas pilihan.
7. Lapiskan dengan cream mixture.
8. Ulangi proses untuk membuat 2-3 lapisan, dengan lapisan terakhir adalah cream mixture yang lebih tebal supaya tidak mudah retak ketika dipotong.
9. Sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.
10. Sebelum dihidangkan, taburkan serbuk koko pilihan di atas tiramisu.
11. Nikmati tiramisu semasa sejuk.
Selamat mencuba dan semoga hidangan minum petang anda lebih istimewa dengan tiramisu ini!
Sumber: Nur Aisyah
Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik